Pages

Thursday, December 16, 2010

14.12.2010 - Segala Kepahitan Ade Rahmat dariNYA

Hari ini aku cuti bg menguruskan kemasukan anakku ke Tadika....didalam hati risau juga kerana aku telah lambat daftar bg Wanie (anak sulongku).....
Pagi2 lagi aku dan anak2 dara ku bersiap utk ke Tadika Kemas area umahku utk btya....Alhamdulillah masih ade kekosongan. Terpancar wajah ceria wanie ketika itu meninjau2 kawasan Tadika Kemas yg akan dimasukinya. Tp cian kat Cheeka (anak kedua) xdpt masuk bab pruntukkan umur 6thn sahaja.
xpe la tggu 2012 je la kan.......

After that we going to KL to shopping school bag, etc......
Huh Sales at SOGO...tp aku beli apa yg patut jek :-(
Cheeka plak merajuk bab aku xbelikan peralatan skolah utk dia....(emmmmmm Mama promise to brought for u too soon, ok) nak wat cmne kan budget lari lol.

Namun di dalam kepahitan keadaan ku ini hya Allah je yang tahu......Aku bersyukur kerana apa yang aku usahakan akan selesai xlama lagi.....Ya Allah mohon Engkau Berkati.....
Aku percaya inilah rahmat disebalik keperitan ini.

Semoga smuanya berjalan lancar .........
Tiada harta melainkan anak2ku.....Semoga Mereka menjadi anak yg Soleh dan Solehah....Amin

01 Muharram 1432 Hijrah - Imej Baru ku

Alhamdulillah .......pada hari ini aku memulakan fasa baru dalam hidupku iaitu Imej Bertudung....
Pada Hari ini juga ada jemputan Majlis Cukur Jambul.......so aku bawa anak2 lunch di sana.....
Dengan niat suci ini aku memakai tudung pada majlis tersebut........
dan inilah wajah ku yang baru setelah bertudung ......(smlm aku g Jalan TAR shopping tudung kerana niat memakainya pada Hari Maal Hijrah. Rupa2nya tudung ade byk jenis, byk cara memakainya, dan byk sgt harga. Terima kasih buat adikku Heri yang sangat menyokong Hijrah ku ini)
Aku sangat beryukur pada Allah......
Semoga hijrah mendapat keberkatan dariNYA....Amin
Semoga azam tahun baru ini lebih bermakna dalam hidupku......

Thursday, October 21, 2010

Kuih Tepung Talam Pandan















Lapisan Bawah:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.


* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.


Lapisan atas:

2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.

Note : Pertama mencuba resepi ini Alhamdulillah menjadi dan habis dijual.......:-)

Tuesday, September 28, 2010

Hari Lebaran 2010 (hahhhahahaha lambat post br dpt upload pic)

Tahun nie aku sambut sederhana jek hanya persiapan untuk anak2. Emmmm maknyer baju lansung xbeli….huhuhuhuhu kesiankan……tapi tahun nie lebih kepada make-up (Sponsor by My Sis Lily Mustafa) TQ Ucu……Muuuuuaaaaaahhhhhhh….


Orang dah kawen selalunya pentingkan pakaian anak2 dari diri sendiri, lagipun semenjak jd mak dara nie raya xmeriah sangat lain la kanak2. Dorang yang sangat gembira sekali menyambut Lebaran.

Adik aku yg kat Penang tuh giliran raya tahun nie di KL….dia pun byk Sponsor….Wow …..
Anak2 aku beraya dgn 4 pasang baju raya…Huhhh itu lah rezeki namanya.

Tapi kan aku rasa tahun nie xbrape nak meriah, aku xbrape nak buat persiapan sangat…..slalunya ada gak lah aku up skit…hehehhehehhe moody la …..yang penting jgn membazir guna yang dah ada kan… 

Jadi org KL cmnie la, xtau nak buat ape bila time raya…bosan woooooooooooo…Raya petama tuh ade la g ziarah jiran bersalam-salaman.Dok la umah jek. But on Raya ke-2 kitorang g umah Pak Long…..Huh lama giler x g umah dia (ade la dalam lebih kurang 10 years)…..

Dalam perjalanan tuh puas la kami borakkan tentang Pak Long…..kalu sampe situ kang dh tentu kena kaw2 punya…….kena ape lagi kena syarahan la…..Pak Long aku tu mmg suka cakap pas2 style dia cakap tuh macam syarahan agama (sorry Pak Long jgn marah) tapi hati dia baik…..

Hihihhihihihii g umah Pak Long cantik cute mute…..ye la drg pandai renovate umah sendiri senang la…..Yang paling best aku terlepas dari “Syarahan” bab target nyer dah ubah ke adik aku yg dr Penang (Alang)……HAhahhahhaha padan muka kikikikikikkikiki dok melanguk la depan tuh xleh nak gerak mana2……..aku dengan yang lain siap makan ketupat rendang, kuih-muih, cokelat…..sampai brulang-ulang la….

Paling kesian tgk adik ipaq aku tu (Anum) dia 1st time so xtau style Pak Long lagi…..dia leh bertongkat dagu dengar jek Pak Long aku tu borak citer dari zaman jepon sampai la nie……Tapi ape pun ok what, Pak Long citer salasilah kuarga dan ade yg dia citer tuh aku baru tau time tuh….Bagus jugak kan!!!!

Habis aku rounding sedara mare situ…..penat gak la dukung yg kecik tuh naik tangga ke hulur ke hilir…..but rasa puas gak la……kalu x kerana Alang bwk g situ dah tentu tahun bila la aku nk sampe sane (padahal kat KL gaks)…..


Ha nie la dia wajah Pak Long
(Kalu btul2 tgk sama jek macam muka bapak)
dah tentula sama kan adek-beradek....hihihihi
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ha nie plaks pic ramai2 g umah Pak Long tuh....
Mak tetap maintain u...huhuhuhu
 
(Anak2 buah dah mengalahkan mak2 buah....kahkahkahkah...baka besau2 pya...makan beras ape eak??/):-)
 
 


 
  
Nie la muka Atok Bong (Bapak den)                      







  Ni la dia pemandu pelancong kitorang kalu x dah tentu sesat jalan......
- Kak Sal & Husband
Ni pic aku ngan anak2......  ha cute x?????? Mak ke anak?????? kuang3x                                  
 Nie la adik ipaqku (Anum) yang kena syarahan. Kesian dia bkn tau ape2....
so kita masih dalam bln syawal lagik kan aku nak ucap Selamat Hari Raya (walaupun nk dkt terlambat dah)
kepada adik-beradik semoga dapat bersama-sama lagi dan berkunjung-kunjungan.....Semoga Allah memberkati kalian....

Wasalam dari ku........Qaseh_Lala

Friday, September 24, 2010

Adakah Kelembapan Mencukupi????????

Kecantikan adalah sinonim dengan wanita……


Diriku juga sangat mencintai kecantikan……..

Adakah Kelembapan mencukupi??????


Jawapan Ya dengan VASELINE

Percaya atau tidak usiaku kini sudah 30tahun….tapi ramai yg memuji daku lebih muda dari usi sebenar…..
Kita haruslah mejaga kecantikan luaran dan dalaman dengan seimbang supaya kelihatan ceria, muda dan jelita.
Aku tergolong kategori kulit kering, ditambah dgn gaya hidup serta cuaca yg tidak menentu aku memerlukan pelembap bagi merawat kulit yg kering.
Bagi product lotion/ pelembap pula pertama kali diriku menggunakan produk Vaseline terasa begitu selesa…..terasa kelembapan dan kehalusan pada kulitku……dan sangat harum….

Kini daku masih terus menggunakan produk2 vaseline
Antaranya ia Total Mositure mengandungi Vitamin A, E, & mineral - nutrisi penting kulit, memberi kelembapan 100% dari penghidratan sehari-hari.Ia membantu memberikan kekuatan dan fleksibiliti pada kulit untuk melindungi tubuh.


Selain itu aku menggunakan Vaseline Petroleum Jelly sebagai lips balm…..sangat sesuai bagi ku…..


Vaseline Petroleum Jelly ® adalah campuran minyak mineral, parafin dan malam mikrokristalin itu, ia mencipta sesuatu yang luar biasa - sebuah jelly halus yang mempunyai titik lebur sedikit di atas suhu badan.

Vaseline Petroleum Jelly ® memiliki dua fungsi:
Pertama, melindungi kulit dari pengaruh cuaca dan pendedahan.

Kedua, bertindak seperti sealant untuk membantu menjaga dunia di dalam - membentuk sebuah penghalang occlusive kehilangan air alami kulit kita.

Jadi kulit yang kering dan pecah-pecah ini dilindungi dari pengeringan elemen, membolehkan kulit-lembek kelembapan untuk membina secara alami dari dalam kulit itu sendiri



ia juga ku jadikan sebagai pelembap di muka dan tangan apabila memerlukan kelembapan yang berganda.

Ini lah wajah-wajahku….dengan kulit lembap dan bibir yg sexy tanpa mengira usia menyerlahkan penampilan dan keyakinanku ….huhuhuhuhu



Keluaran Terbaru Vaseline

TOTAL MOISTURE, HELTHY WHITE, INTENSIVE RESCUE & ALOE COOL AND FRESH.



Kelebihan 3 produk baru dari VASELINE tersebut adalah

Losen lembap Total Moisture dilengkapkan dengan vitamin E, kacang soya dan oat yang melembap setiap lapisan kulit dan menjadikan kulit halus, lembut dan sihat.

Bagi Intensive Rescue pula mengandungi glycerin yang serta-merta memberikan kelembapan pada sepanjang hari. Formula ini membantu memulihkan kulit kering.


Aloe Cool and Fresh diperkaya dengan daun lidah buaya dan timun yang menjadikan kulit lembut dan bersinar sambil melembap.

 

Healthy White mengandungi serum yogurt dan vitamin B3 dengan perlindungan cahaya matahari yang mengembalikan kecantikan kulit

So to all Nuffnang members dialu-alukan menyertai VASELINE contest nih.....
Nuffnang dan Vaseline akan mengadakan "poolside party - Celebration of Amazing Skin

Celebration of Amazing Skin" pada 2 Oktober 2010 jam 5pm - 10pm bertempat di Luna Bar dengan bertemakan warna HIJAU, KUNING, PINK dan PUTIH

Monday, April 26, 2010

Asam Pedas_Daging Reme

Bahan2nya :
- Daging Cincang - yg ade lemak2, urat2-baru sedap. ade jual di pasar malam RM 5.00
(nak beli lebih pun xpe…….nak pakai daging biasa pun xpe)
rebus hingga empuk – buang air rebusan pertama


- Bawang merah - 2 biji
- Bawang putih - 2 ulas dikisar
- Cili kering - dikisar
- lada hitam - ½ sudu kecil – ditumbuk halus
- serai - 1 batang – diketuk
- air asam jawa - 1 mangkuk
- daun limau purut - 2 helai




Cara2nya:
1) Panaskan minyak masukkan bahan yang dikisar, lada hitam, daun limau purut, serai ditumis sehingga garing dan naik bau…….


2) Masukkan air asam jawa, tambahkan air dan masukkan daging yg sudah direbus tadi bersama air rebusan dan masukkan garam/perasa secukupnya.


3) Biarkan sehingga bahan rencah meresap mendidih selamat 15 minit.


4) Boleh la dihidangkan.
Hidangan untuk 4 org.

Selamat mencuba………. :-)