Pages

Thursday, December 16, 2010

01 Muharram 1432 Hijrah - Imej Baru ku

Alhamdulillah .......pada hari ini aku memulakan fasa baru dalam hidupku iaitu Imej Bertudung....
Pada Hari ini juga ada jemputan Majlis Cukur Jambul.......so aku bawa anak2 lunch di sana.....
Dengan niat suci ini aku memakai tudung pada majlis tersebut........
dan inilah wajah ku yang baru setelah bertudung ......(smlm aku g Jalan TAR shopping tudung kerana niat memakainya pada Hari Maal Hijrah. Rupa2nya tudung ade byk jenis, byk cara memakainya, dan byk sgt harga. Terima kasih buat adikku Heri yang sangat menyokong Hijrah ku ini)
Aku sangat beryukur pada Allah......
Semoga hijrah mendapat keberkatan dariNYA....Amin
Semoga azam tahun baru ini lebih bermakna dalam hidupku......

Thursday, October 21, 2010

Kuih Tepung Talam Pandan















Lapisan Bawah:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.


* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.


Lapisan atas:

2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.

Note : Pertama mencuba resepi ini Alhamdulillah menjadi dan habis dijual.......:-)